:: 30 Fakta Menarik Mengenai Wanita ::
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis
di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah
kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya
sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia
benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah
hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan
seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu
dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam
ke dalam matanya, dia akan cair seperti air.
6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu
tidak tahu cara menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang
menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar
dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu
bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri
darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih
ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara
perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.
Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati
mereka.
10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan
tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan
mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya
sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si
gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya
dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua
kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13. Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi
wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita,
mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih
dalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu
alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak
berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk
memikatnya.
17. Jangan sesekali meneka apa yang
dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan
sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih
awal.
19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang
paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku
cinta.
20. Bila
setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa
yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya
sendiri.
21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di
pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang
teristimewa di hatinya!!
22. Satu
ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman
baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang
berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih
cantik.
25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan
kebahagiaan tanpa syarat.
26. Semua
wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh
hati.
27. Senjata
wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata
romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus
hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita
mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik
terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita
kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh
jiwa.
p/s: lepas kahwin ni seronok bila tinggal bersama dengan orang yang kita sayang dan cinta.. wink3
No comments:
Post a Comment