pepagi lagi aku dapat info yang amat berguna ni.. sesame la kita perbetulkan pape yang terkurang semoga ibadat kita diterima Yang Maha Esa.. jom baca.. sharing is caringgggg ^_^
Ramai Yang
Tidak Sah Mandi Wajibnya?
Mandi wajib
merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan
ramai umat Islam di tanahair ki...ta yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak
melakukannya dengan betul.
Untuk
melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan
hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti
dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke
seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong
Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji
Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai
bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak
umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,
mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi
wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi
wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.
Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau
ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib
yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh
umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi
rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi
wajib ada 3 perkara:
1. Niat.
2.
Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan
air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi
wajib:
“Sahaja aku
mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau
” Sahaja aku
mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di
dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian
anggota badan.
Bagi
perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat
hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala
bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku
mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu
jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah
membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.
Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan
air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke
badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai
rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,
menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,
najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis
dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara
rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang
zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang
jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya
tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2
dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi
sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai
kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke
badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang
kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang
rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
Sebenarnya
jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib
seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan
pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna
pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula
bagaimana?..
Inilah yang
rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang
begitu mudah.
Yang
menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah
kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke
rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi
pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam
hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika
dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,
bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan
bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari
sudut yg berbeza.
Dalam hal
ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti
yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi
wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai
sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan,
sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan
iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan
mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu
keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .
Mandi wajib
boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air
paip, sungai laut dan tasik.
Bagi
pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi
selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas
bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi
wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak
berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Kesimpulan
yang dapat saya ringkaskan ialah:
1)Mandi
dalam keadaan bercangkung dan juga berdiri. Kerana apabila bercangkung celah
punggung akan terbuka dan air akan rata dan sampai ke bahagian itu..
2)Mereka
yang memakai pewarna rambut selain inai adalah tidak sah mandi wajibnya dan
solatnya juga akan tidak sah sekiranya mandi wajib tak sah. Tapi dapat kita
lihat ramai perempuan melayu kita yang beragama islam memakai dye
rambut.mashallah
3) Niat
mesti semasa air sampai ke anggota badan.
p/s: jangan ingat kita sentiasa betul setiap masa
No comments:
Post a Comment