Monday, 10 December 2012

Musim Buah Menerjah

memang kena benor dengan cuti sekolah dan musim buah.. memang syok la kalau balik kampung.. memandangkan kampung aku amatlah jauh maka aku berkunjung la ke kampung bff aku yang terletak di Kuala Lipis Pahang Darul Makmur.. *siap set jalan sebab nanti nak datang kendiri kawen bff ni Mac 2013*

aku kat sana tak lama, Sabtu balik Lipis pastu Ahad balik Putrajaya dah.. nape tak balik Shah Alam?? malas la, pagi Isnin aku gerak gi kerja dari sana and pas kerja baru balik rumah..

ni dia yang menyambut kedatangan aku

mengancam kan.. uihhh rasa macam nak panjat terus pokok ni..

malam kami kenduri raja buah ni pulak.. lagi sebakul dah "selamat" dah.. haha

korang penah buat macam ni?? kupas rambutan tapi tinggalkan selaput isi tu je.. aku panggil ni telor.. haha macam telor ayam kan.. dulu siap bertanding lagi sape boleh buat telor ni banyak2 dengan cepat.. haaaa memori lama menerjah fikiran..

ni hasil yang kami bawak balik ke Shah Alam & Putrajaya.. rambutan anak sekolah dengan manggis.. pagi tadi kejap je abis aku letak kat pantry office.. pesta buah kami sume jap, untung la sebab bos ramai yang cuti memandangkan esok cuti umum Selangor.. sape2 yang keje luar Selangor takmo jeles2 ye.. peace..


pemandangan kami sewaktu balik ke ibu kota semalam.. dari 2 jam setengah berganjak ke 6 jam baru sampai.. haruuu.. memula ingatkan jammed sebab separuh akhir Harimau Malaya tapi xde pape pon.. tapi jammed kemaen lagi, merangkak kereta atas jalan raya..

sampai je putrajaya terus layan skrin besar kat Presint 15 tengok bola.. haha macam2 keletah penyokong harimau malaya..

p/s: esok Selangor cuti umum yeayyy, boleh sambung rehat sebab weekend tak sempat nak rehat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...