Thursday, 20 December 2012

Selamat Hari Lahir Guys

Happy Birthday to uols..

majlis sempena meraikan ulang tahun kelahiran staff opiz aku.. ni untuk sesape yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember.. dan secara kebetulannya hari majlis berlangsung jatuh pada tarikh lahir 3 orang staff iaitu cik Ain, Zaidi dan Fitri.. cantekk ah!!






mereka2 yang diraikan

birthday boy n birthday girl no 2, 3 dan 4 dari kiri..

the best capture yang ni la aku paling suka.. cuba cari dimana aku? nampak tangan aje yang pegang ipad pink.. hehe..

menu kami pada hari ini : nasi kukus sorang sebungkus

p/s: aku suka majlis macam ni, kenyanggg.. burpp, alhamdulillah...

Monday, 17 December 2012

Orange ! ! !

semalam punya cerita


gambar syok sendiri??? ahahaha..

bosan menunggu makanan sampai.. alkisahnya makan 2 orang tapi order 3 menu.. nasi goreng petai, mi tomyam, kue teow kungfu haiyakkkkk!!!

sampaikan pelayan ambil order 2 kali.. masa hantar makanan pon confiused takut dorang silap meja.. muahahaha.. ni kali ke berapa ntah aku buat kerja gila ni.. tahap lapar gred cipanzi ni, sesuai la dengan keadaan hujan lebat masa ni..

next time boleh buat lagi yeayy

p/s: tak perasan pulak air sama dengan kaler baju

Thursday, 13 December 2012

Botak?? Oh No


tayar botak dan merekah dahhhh...

baru je  2 minggu sebelum tu dah pergi buat alignment dengan balancing lari.. pastu bengkel cakap kena tukar camber sebab camber yang asal dah haus.. sepasang RM70 padahal bendanya skru kecik aje besar jari telunjuk tu ha, tambah dengan alignment balancing RM30 maka jumlah adalah RM100.. kopak den, dahlah belom gaji..

minggu lepas tukar tayar botak sepasang pon dah RM340, kering kontang aku nak menunggu gaji masuk 18hb ni.. terpaksa la korek wang simpanan.. masa tukar tayar tu apek tu cakap kat aku "wahh manyak bahaya lor itu tayar.. kalo u tak tukar sekarang bila2 masa je tayar tu boleh meletup masa u bawak itu kereta" memang aku hold seminggu nak ganti tayar baru.. giler la, berani mati aku bawak kereta tu atas jalan..

bebudak opiz aku cakap tak mahal sangat la sebab aku ambik tayar GOODYEAR sepasang RM340 siap free alignment balancing sume..

buka purse dah rasa macam tengah hiris bawang je, meleleh air mata..

p/s: gaji minggu depan, weekend ni nak naik KL plak ade hal.. waaa nak duittttt

Dapur Terbakor!!

gile ngko tak panik bila dapat tau dapur rumah terbakor.. dah la masa tu aku takde kat rumah.. ni pon dapat tahu bila aku sapai rumah belah malamnye..

kasi tengok ni kalo tak caye

hancur kipas

die punye dalam pas aku buka nak buang terus, jahanam terus takleh guna!!

hood ni la yang terbako..

punca ====> KECUAIAN manusia

kabinet dah hitam legam sebab api menyambar, mujur tak hangus sebijik rumah..

macam mana bebudak rumah aku tak melenting, yang ni kali kedua "DIA" tu bakar rumah..

moral of the story : mata tu kasi bukak luas2

p/s: camne nak tegur "DIA" yang tak boleh ditegur tu = S.T.R.E.S.S aku *grrrrr

Monday, 10 December 2012

Musim Buah Menerjah

memang kena benor dengan cuti sekolah dan musim buah.. memang syok la kalau balik kampung.. memandangkan kampung aku amatlah jauh maka aku berkunjung la ke kampung bff aku yang terletak di Kuala Lipis Pahang Darul Makmur.. *siap set jalan sebab nanti nak datang kendiri kawen bff ni Mac 2013*

aku kat sana tak lama, Sabtu balik Lipis pastu Ahad balik Putrajaya dah.. nape tak balik Shah Alam?? malas la, pagi Isnin aku gerak gi kerja dari sana and pas kerja baru balik rumah..

ni dia yang menyambut kedatangan aku

mengancam kan.. uihhh rasa macam nak panjat terus pokok ni..

malam kami kenduri raja buah ni pulak.. lagi sebakul dah "selamat" dah.. haha

korang penah buat macam ni?? kupas rambutan tapi tinggalkan selaput isi tu je.. aku panggil ni telor.. haha macam telor ayam kan.. dulu siap bertanding lagi sape boleh buat telor ni banyak2 dengan cepat.. haaaa memori lama menerjah fikiran..

ni hasil yang kami bawak balik ke Shah Alam & Putrajaya.. rambutan anak sekolah dengan manggis.. pagi tadi kejap je abis aku letak kat pantry office.. pesta buah kami sume jap, untung la sebab bos ramai yang cuti memandangkan esok cuti umum Selangor.. sape2 yang keje luar Selangor takmo jeles2 ye.. peace..


pemandangan kami sewaktu balik ke ibu kota semalam.. dari 2 jam setengah berganjak ke 6 jam baru sampai.. haruuu.. memula ingatkan jammed sebab separuh akhir Harimau Malaya tapi xde pape pon.. tapi jammed kemaen lagi, merangkak kereta atas jalan raya..

sampai je putrajaya terus layan skrin besar kat Presint 15 tengok bola.. haha macam2 keletah penyokong harimau malaya..

p/s: esok Selangor cuti umum yeayyy, boleh sambung rehat sebab weekend tak sempat nak rehat..

Friday, 7 December 2012

Durian Crepe Is Here

taraaaa....



hari ni tercapai jugak keinginan aku ngidam nak makan durian crepe ni.. hari selasa lepas ada sorang officer kat office aku ni duk tanya sesape nak order durian crepe.. macam pucuk dicita ulam mendatang la, bak orang mengantuk disorongkan bantal aku ni.. hihi *senyum sampai ke telinga*

banyak jugak tengok bebudak office order, sampai 2 plastik besar officer tu bawak tadi..

selalu tengok kengkawan duk post kat fesbuk post gambar dan bercerita kesedapan durian crepe ni.. so dah terbuktilah hari ni.. memang sedap wa cakap sama lu woo.. *thumbs up*

sape nak order boleh contact si penjual ni ye, satu paket RM10 je.. ade 4 ketul saiz besar2..

Wawa's Delight Yummylicious
012-6361539
019-2539639


p/s: kredit to pencipta durian crepe ni..

Wednesday, 5 December 2012

Lagi Dan Lagi Dan Lagi

hadoiiii memang menguji tahap kesabaran aku betul la.. tapi walau macam mana pun aku tetap kena buat jugak.. ini bukan kerja aku okeh, bukan salah aku okeh, bukan aku buat last minutes okeh, so jangan memandai nak salahkan aku okeh..

sebenarnya bahagian aku kena key in dah lama siap, ni semua bahagian bos aku yang kena key in.. yelah aku ni kan sape nak bersuara.. aku ni SYMP aje.. saya yang menurut perintah.. hendak atau tidak terpaksa jugak buat atas dasar arahan.. ada faham??

kalau macam ni kena panggil aku bos la lepas ni :p
uwekkkk

bengang tak kalau macam ni

dan ini

sepatutnya sistem yang ramai pengguna macam ni tak boleh la selalu ada masalah je, loading memanjang.. sedar-sedar dah failed.. pihak sepatutnya kena la cari jalan penyelesaian..

masa buat untut PYD ok lagi tapi nak masuk PPP dengan PPK bapak susah.. dua minggu tak siap-siap lagi aku nak key in markah SKT semua pegawai ni..

p/s: aku hanya PYD tapi PPP dengan PPK aku jugak, acaner tu?? gred 27 dah jadi gred 54
(T__________T)


Monday, 3 December 2012

Mentarang Pedas Menyengat

Mentarang??

nama dia aku pernah dengar dan aku jugak tahu mentarang tu spesies kerang, lala etc.. tapi aku belum pernah makan lagi apatah lagi nak masak..

selalu nampak gerai "Mentarang Ada Dijual Disini" masa pergi kenduri kengkawan kat area Kuala Selangor dan Sabak Bernam tu.. tapi tak terfikir pulak nak beli..

yang ni ada la sorang budak rumah beli, katanya teringin nak makan tapi tak reti nak masak.. so am I la, aku ni lagi la tak pernah sentuh+masak+makan Mentarang ni..

disebabkan takde orang nak tolong masakkan kat rumah sewa aku tu, aku ambik cabaran si hosmet yang beli mentarang ni..



nampak sedap kan?? ofcourse la sedap.. semua hosmet komen positif bila kami makan (ratah sebab malas nak masak nasi) lauk ni.. alhamdulillah cubaan pertama aku untuk masak mentarang ni menjadi.. tapi kenapa namanya "Mentarang Pedas Menyengat"?? hahaha.. sebab aku taruk cili padi banyak giler dalam ni.. nah, aku bagi resipi ringkas cara orang bujang..

bahan-bahan:-
- 1/2 kg mentarang
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 10 biji cili padi (ikut suka hati)
- halia
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu sos cili
- 1 sudu kicap manis
- garam gula secukup rasa

selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

p/s: pasni boleh la nak berlagak sikit sebab dh makan + masak mentarang ni.. muahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...