Tuesday, 3 July 2012

Adab Makan


eii, sungguh tak sopan kan?? hari ni nak cite sal meja makan.. mesti rasa tak selesa kan bila kita tengah2 syok makan kat luar pastu orang meja sebelah duk bising bercerita mengalahkan speaker volume penuh.. confirm la penah kena kan.. sume nak bercerita, bab shopping, pakwe, makan, batuk pon tak terkecuali jugak.. yang seleseme pon takyah lah duk sedut kuat2... haishhh potong selera makan je..

agak2 la makan kat kedai, kena amek tau tahap keselesaan customer lain jugak.. jangan nak pentingkan diri sendiri aje..

macam ni ha baru betol.. baca doa dulu sebelum makan.. tertib dan sopan..


kat sini leh tengok adab makan, leh kita praktikkan sesame ye..

  1. Makan hanya bila terasa lapar
  2. Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun
  3. Sebelum makan hendaklah membaca 'Bismillah..."
  4. Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil 'bio-current' yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
  5. Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang
  6. Seboleh-bolehnya dinding bilik makna hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan
  7. Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
  8. Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu
  9. Jangan makan makanan lama. Perbanyakan makan makanan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap,
    berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
  10. Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidangkan makanan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
  11. Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah
  12. Berpegang pada prinsip 'makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan'
p/s: kadang nak terbersin masa makan kat kedai pon aku cover cepat2, nanti potong selera orang makan plak kang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...