Tidak 
ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter 
pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang 
pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi 
menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa 
Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa 
banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara 
rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim 
haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika 
pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter 
air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping 
itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan 
setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan 
Air Zam-Zam
Pada 
tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa 
air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya 
berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam 
itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian 
mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita 
ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian 
dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam 
ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq 
Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk 
diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada 
masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam 
boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika 
sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” 
telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak 
terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air 
setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak 
zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan 
menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter 
air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah 
yang mengejutkan.
Tariq 
mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, 
ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang 
tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu 
dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau 
saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, 
ternyata tidak menemui apapun!.
Dia 
berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam 
berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya 
permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi 
dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga 
tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya 
dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam 
ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan 
dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah 
melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua 
tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, 
Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu 
keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi 
telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan 
air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama 
besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran 
air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan 
permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi 
Zat Anti Kuman
Hasil 
penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam 
mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti 
sudah mengandungi ubat.
Lalu 
perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar 
Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan 
kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab 
itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan 
lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari 
sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah 
haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi 
saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia 
adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi 
S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika 
meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka 
Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, 
maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, 
maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, 
minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu 
Abbas).
Rasulullah 
(S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, 
kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah 
(saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di 
laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. 
Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar 
Makah.
Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga 
lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
Air 
Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman 
yang terdapat dalam kandungan airnya.
Yang juga menakjubkan adalah tidak ada 
sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran 
kuman.
Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam 
keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak 
pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa 
ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke 
negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini 
terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah 
merasakan keajaiban air zam-zam.
p/s: Subhanallah, sesungguhnya setiap kejadian alam ini terjadi di atas kehendakMu..























