Monday, 23 April 2012

Khasiat Menangis

jangan tak tau, menangis pon ada kebaikannya jugak.. tak bermakna bila kita nages kita ni lembik n tak kuat..

antara khasiat menangis adalah:

1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan
Jika kita berada dalam ketakutan, Zat-zat kimia akan terhasil dan zat kimia ini boleh disingkirkan melalui tangisan.

2. Meningkatkan kadar degupan jantung
Menangis la kerana ketika menangis degupan jantung akan meningkat. Tambahan pula ia boleh dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

3. Menghalang penyakit
Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4. Membebaskan racun dari badan
Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menagis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.”

 Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

5. Air mata mengandungi 25% protein
Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis. Begitulah ceritanya tentang menangis. Jadi jika anda rasa nak menangis, jangan ditahan-tahan, biarkan ia berlaku kerana ia adalah satu terapi.

6. Membantu penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

7. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi.

Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

8. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis akan menurunkan level depresi justeru membuatkan mood seseorang akan terangkat kembali.

Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

9. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.

keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

10. Mengurangi stress
Bagaimana menangis mengurangi stress?

Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

11. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.

Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

12. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian.

Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

p/s: Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...