baru je dapat berita yang menyedihkan.. anak buah yang umur dua tahun tu masuk hospital, demam mencecah 39.7 'C.. dengar suara Eishal yang ceria tadi sejuk sikit hati ni, insyaallah petang nanti dah boleh balik rumah..
akak (mak Eishal) juga ada gtau yang abang ipar kena leukemia stage satu.. baru minggu lepas doktor dapat detect dan sekarang ni tengah berusaha berubat.. insyaallah moga semuanya selamat.. amen..
kat sini aku nak share mengenai penyakit leukemia..
PENGENALAN KEPADA LEUKEMIA
Leukemia adalah barah sel darah. Sel darah diproses oleh tulang sum-sum,
tisu lembut di tengah kebanyakan tulang. Dalam kes leukemia, tulang sum-sum
menghasilkan terlalu banyak sel darah putih dan kadang kala sel ini tidak “bertugas”
dengan betul. Sel ini terus “membiak” sedangkan ia sepatutnya berhenti. Malah
ia terus berkembang lebih cepat daripada sel lain. Sel abnormal ini kemudian
akan mengatasi jumlah sel darah putih, sel darah merah dan platlet.
Sel darah putih membantu tubuh menentang jangkitan. Sel darah memastikan
tubuh tidak terlalu berdarah (kalau terluka). Apabila sel leukemia melebihi
jumlah sel normal, darah tidak akan berupaya melakukan tugas yang sepatutnya
dan terjadilah gejala seperti yang dinyatakan di atas.
Situasi
ini menyebabkan berlakunya gejala anemia pada pesakit. Keadaan ini juga akan
menyebabkan pesakit kekurangan sel darah putih matang dan ia mengurangkan daya
tahan terhadap jangkitan. Penghasilan sel darah putih berlebihan juga
menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.
Di
dalam aliran darah manusia terdapat komponen darah berbentuk zat cair yang
dinamakan plasma darah. Terdapat juga komponen darah yang membentuk sel dan
terdiri daripada 3 jenis sel yang mempunyai fungsi masing-masing :
Jenis sel darah dan fungsi
|
JENIS SEL
|
FUNGSI
|
Sel darah
merah (eritrosit)
|
· Membawa karbon dioksida (CO2) dari seluruh
tubuh ke paru-paru.
· Memberikan warna merah pada darah kerana
jumlahnya yang paling tinggi
|
Sel darah
putih (lekosit)
|
· Bertugas untuk melawan penyakit.
· Merupakan antibodi semulajadi dalam badan
manusia.
|
Platlet darah
(trombosit)
|
· Menutup lubang apabila terdapat kebocoran
pada pembuluh darah.
· Membantu dalam pembekuan darah.
|
Ketiga-tiga jenis sel darah di atas dihasilkan di dalam
sum-sum tulang iaitu bahagian tengah tulang yang berbentuk span. Semua sel
darah yang masih muda(immature) berada dalam keadaan normal di dalam sum-sum
tulang sehingga ia matang(mature).
Sel-sel darah ini dihasilkan secara teratur dan terkawal
sesuai dengan keadaan tubuh seseorang. Jika terjadi sebarang pendarahan seperti
kecederaan atau menstruasi, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah
dengan lebih cepat dan banyak untuk mengekalkan kadar hemoglobin.
SEL LEUKEMIA
Sekiranya terjadi leukemia, sum-sum tulang akan
menghasilkan sel darah merah yang tidak normal dalam jumlah yang berlebihan.
Sel leukemia kelihatan berbeza dari sel darah yang normal. Di samping
bentuknya, sel ini juga tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.
JENIS LEUKEMIA
Terdapat banyak jenis penyakit leukemia yang boleh menyerang tubuh
seseorang. Ia dibahagikan kepada 2 jenis iaitu leukemia akut dan leukemia
kronik. Leukemia akut berlaku apabila sel-sel abnormal iaitu sel muda (immature)
abnormal tetap tidak matang sehingga tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya.
Manakala leukemia kronik pula berlaku apabila terdapat sel yang
tidak matang tetapi masih terdapat sel yang lebih matang. Dalam keadaan ini
perjalanan penyakit agak lambat.
Sel leukemia timbul dari 2 jenis pokok sel darah putih iaitu sel lomfoid
dan mieloid. Apabila ia mempengaruhi sel limfoid, leukemia ini dipanggil
leukemia limfositik. Manakala jika ia mempengaruhi sel mieloid ia dikenali sebagai
leukemia mielositik.
LEUKEMIA
YANG SERING BERLAKU
Leukemia limfositik akut
Leukemia jenis ini banyak berlaku pada kanak-kanak,
tetapi ia juga boleh menyerang orang dewasa terutamanya yang berusia 65 tahun
ke atas.
Leukemia mielositik akut
Leukemia jenis ini juga biasa menyerang kanak-kanak dan
orang dewasa.
Leukemia limfositik kronik
Banyak menyerang orang dewasa yang berusia 55 tahun ke
atas dan juga dewasa muda.
Leukemia mielositik kronik
Biasanya menyerang orang dewasa.
TANDA-TANDA
YANG SERING BERLAKU
Di
bawah adalah tanda-tanda yang biasa ditunjukkan oleh pesakit :
- anemia
- pucat, letih dan pendek nafas
- mudah
jatuh sakit
- sakit
anggota badan; jika sakit pada kaki pesakit akan berjalan tempang
- purpura
- ruam warna jingga yang tidak hilang bila di picit
- mudah
lebam
- hidung
kerap mengalami pendarahan
- hilang
nafsu makan dan turun berat badan
* Pada leukemia akut limfositik, sel leukemia menyerang
otak atau jaringan saraf sum-sum tulang. Ini akan menimbulkan gejala seperti
sakit kepala, muntah, bingung, gerakan tidak terkawal, kejang dan sakit otot.
Sel leukemia juga boleh menyerang buah zakar dan menyebabkan pembengkakan.
BAGAIMANA IA DIRAWAT?
Hingga kini rawatan terbaik leukemia adalah kemoterapi.
Di negara barat peratusan untuk sembuh penyakit leukemia di kalangan
kanak-kanak sangat tinggi selepas menjalani rawatan kemoterapi. Justeru, ibu
bapa dinasihatkan tidak mengambil herba atau makanan tambahan lain dalam usaha
menyembuhkan penyakit. Walaupun banyak ubat-ubatan herba di pasaran yang
mendakwa boleh membantu membunuh sel leukemia, ia masih belum terbukti
keberkesanannya. Pengambilan herba mungkin akan hanya menambahkan lagi
kesengsaraan pesakit.
p/s: mungkin ada hikmah disebalik semua ni berlaku, aku mesti berfikiran positif!! tapi lau boleh nak bersama femli di saat macam ni, pasti mereka memerlukan aku.. nak balik kampung T_T sobss..