Monday, 14 November 2011

Ya Allah.. Kuatlankah Hati HambaMu ini

perkara yang amat aku takut untuk terjadi nampaknya kian menghampiri diri.. entah dimana lagi ingin ku mengadu nasib melainkan pada Yang Maha Esa, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap kejadian yang terjadi di muka bumi ini.. aku hambaMu yang lemah, tidak berdaya untuk melawan kenyataan kehidupan duniawi.. aku bersyukur terhadap kebahagiaan yang telah Engkau berikan kepada aku walaupun ianya terlalu singkat, cukuplah.. tapi yang pasti hidup mesti diteruskan walau ada hati insan yang tergores andai kata keputusan yang akan aku buat pada hujung minggu ni.. akan ku pastikan bahawa ianya adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak..


aku hanya wanita, insan yang lemah.. tak bermakna aku diam dan senyum hidup aku selalu ok, walau nampak kuat dan ceria tak bermakna dalaman aku kuat.. wanita tetap wanita, mudah terusik.. ni kali yang kedua aku teresak esak di tikar sejadah, terasa diri ini begitu kerdil sekali..

p/s: pentingnya kepercayaan dan kejujuran dalam menjalinkan sesebuah perhubungan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...