Alhamdulillah, ada khabar gembira buat Mashu dan family.. baru sempat nak kongsikan bersama..
patut la asyik demam demam & tak sihat je kebelakangan ni, rupanya ada isi.. Alhamdulillah, anugerah yang tidak ternilai dariNya..
Sekarang ni tiap tiap hari kena ambil asid folik.. apakah itu asid folik? meh sini, Mashu nak bagitahu..
Apakah asid
folik?
Asid folik adalah
salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat
dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging
lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan
asid folik.
Mengapakah saya
perlukan asid folik?
Asid folik menolong
melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya
(kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Berapakah
jumlah asid folik yang saya perlukan?
Anda dinasihatkan
mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang
untuk hamil. Kemudian, teruskan
mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan
makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber
makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya dengan folat adalah
sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini
juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua.
Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200
mikrogram folat bagi setiap hidangan:
·
bayam, 1 cawan;
·
kacang bendi,
setengah cawan;
·
asparagus,
setengah cawan;
·
lentil,
setengah cawan;
·
hati, 1 keping;
·
11 batang
taugeh brussels;
·
kacang mata
hitam, 4 sudu makan;
·
emping bran, 7
sudu makan;
·
germa gandum,
25g / 1 aun;
·
betik sederhana
besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100
mikrogram folat bagi setiap hidangan:
·
brokoli kukus,
2 pucuk;
·
buah oren saiz
besar;
·
nasi putih,
setengah cawan;
·
oat, setengah
cawan;
·
kacang merah,
setengah cawan;
·
jagung saiz
besar, 1;
·
biji bunga
matahari, 1 aun.
sumber : KLIK SINI
Mashu rasa la kan, lepas makan vitamin B complex tu terus 'sangkut'.. pape pun tu semua rezeki Allah nak bagi, jadi harus jaga sebaik yang mungkin. selain vitamin B complex, Mashu juga makan vitamin C sejak dulu.. semenjak muka kena kayap tu, Alhamdulillah kesan kesan kayap tu dah kurang.. kalau Mashu tak cakap orang pun tak perasan..
B-Complex
Vitamin
B Penting untuk Kesihatan yang baik
Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.
B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
- B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
- Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
doktor pun cakap produk Shaklee ni bagus.. hehe.. so saya sokong kawan kawan yang jual Shaklee ye.. hidup Shaklee!!
p/s: sekarang dah 8 minggu dah baby.. semoga semuanya selamat, kena jaga makan semua tu.. tapi yang tak bestnya due hari raya..