Wednesday, 24 April 2013

Yang Mana Satu

yang inikah??


atau yang ini kah????


muka pasrah!! miahahaha

penat kot, sib baik la staff JAKEL ni peramah and mix n match untuk aku buat pilihan..

tengok jelah yang mana satu aku pakai masa akad nikah nanti ^_^

p/s: pening kepala nak buat pilihan yang tercantik (pada mata aku lah) diantara yang cantik-cantik


Menjelang PRU 13

sekarang ni kemain rancak lagi calon-calon berkempen untuk parti masing-masing.. kempen-kempen gak tapi jangan la duk canang cite orang yang belom tentu kesahihannya.. kang tak pasal-pasal dah dapat dosa kering free..

tapi entry aku ni buakn nak berkempen ye, just nak share gambar ni je.. hikhikhik


nah, amek ngko.. dasyat tak dasyat percikan PRU 13 ni.. gambar ni aku ambik masa lepas hari pembubaran parlimen..

opiz pon 24/7 standby bilik gerakan.. nasib la sape kena jaga shift 10 pm - 7 am tu..

pepagi beratur panjang nak lepasi pintu pagar utama.. agak sedikit kelewatan la aku pagi tu, sib baik punch card tak merah.. berjaya mengekalkan prestasi cemerlang tanpa dakwat merah sepanjang kerjaya.. bravo!!

p/s: jangan lupa balik kampung pangkah undi, undi anda biarlah rahsia.peace yoo!!!


Monday, 22 April 2013

Selamat Hari Lahir

Allah Selamatkan Kamoo semua...

Majlis sambutan hari lahir staff yang lahir pada bulan Januari hingga April..

 kek bulan Jan - Mac
 kek bulan April


 insan dirai Jan - Mac
 Insan dirai April
 aku mendahului senarai April.. hehe..
 yeay dapat hadiah kain pasang..jom buat baju raya :p


p/s: yang penting ada jamuan makan.. I loikeee damn much


Apa Itu Vertigo


Masalah pening Vertigo – Penyakit ketidakseimbangan dalam telinga

Ruang yang dilihat di sekelilingnya seakan-akan sedang berputar. Pandangannya yang berpusing-pusing itu seperti orang yang baru kali pertama menaiki roller coaster. Disertai pula rasa loya dan muntah, si penderita keadaan ini adakalanya takut untuk bergerak.

Diagnosis Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Kuljit Singh mendapati semua itu adalah simptom kepada penyakit pening yang berpunca daripada ketidakseimbangan dalam telinga atau dikenali juga sebagai vertigo.

Jelas Kuljit, terdapat beberapa simptom yang menjadi petunjuk kepada penyakit ini seperti pergerakan ritma mata yang abnormal (nistagmus), pening serta loya dan muntah.

Dalam kes-kes lazim, seseorang pada mulanya hanya menganggap ia sekadar pening biasa, namun tidak dapat menggambarkan keadaan sensasi tidak stabil, rasa melayang serta penglihatan yang berpinar-pinar.

“Bagi penghidap vertigo Benign Paroxysmal Positional (BPPV), serangan seringkali berlaku ketika bangun tidur pada waktu pagi dan disertai kombinasi simptom lain.

“Tempoh serangan mungkin hanya sekitar satu minit namun sensasi serangan tersebut mungkin berakhir setelah beberapa minggu,” jelasnya tentang episod pening melampau namun singkat itu.


Ketidakseimbangan tekanan dalam telinga menyebabkan vertigo

Dalam pada itu, vertigo postur phobic pula boleh terjadi apabila wujud faktor stimulasi berdiri seperti menaiki tangga, berdiri atau melakukan apa saja pergerakan terutama melibatkan kepala.

Sekiranya vertigo muncul dari pusat keseimbangan otak, ia lebih rumit kerana berkait dengan kerosakan neurologi. Ini menjelaskan berlakunya pertuturan yang tidak jelas, penglihatan berganda dan ketidakseimbangan tubuh.

Kuljit turut memberitahu bahawa serangan vertigo terdapat dalam beberapa jenis mengikut situasi dan penyakit yang berkaitan dengan pesakit.

“Misalnya vertigo periferal disebabkan oleh trauma pada kepala akibat kecederaan, manakala bagi kes penyakit Meniere, vertigo tercetus akibat berlaku keadaan abnormal pada telinga dalam.

“Ia bukan saja menyebabkan keadaan kepala seolah-olah merasa kesan berpusing, malah telinga berdesing (tinitus),” terang Kuljit.

Di samping itu, fistula perilimfa merupakan abnormaliti yang terjadi di antara ruang dalam telinga yang mengandungi cecair iaitu meliputi koklea dan telinga tengah yang terdiri daripada gegendang telinga dan tulang-tulang osikel iaitu tukul, rakap dan andas.

Terang Kuljit, serangan vertigo jenis ini tidak kronik dan boleh sembuh dengan sendiri walaupun dalam kes tertentu memerlukan pembedahan untuk pulih semula.

“Satu lagi jenis vertigo disebut sebagai idiopatik. Penyebab bagi jenis ini ini tidak menemui penjelasan sebenar kerana ia merupakan kombinasi beberapa jenis vertigo. Namun, pencetus utamanya adalah pergerakan,” katanya.

Kebanyakan pesakit adalah daripada golongan pertengahan umur dan ia mungkin berpunca daripada vestibul yang menjadi lebih sensitif.

Rawatan

Rawatan yang perlu dijalani bergantung kepada jenis vertigo yang dialami oleh pesakit. Namun, diagnosis terhadap keadaan telinga dalam pesakit akan menentukan pencetus utama penyakit ini.

Menurut Kuljit, terdapat beberapa cara untuk mengubati penyakit ini termasuk menggunakan ubat-ubatan seperti betasere, stemetil dan stugeron.

Beberapa siri pergerakan yang dikenali sebagai Prosedur Menempatkan Semula Canalith bagi melegakan BPPV merupakan rawatan utama bagi vertigo.

Mudah dan tidak mengambil masa yang lama, prosedur berkenaan terdiri daripada beberapa pergerakan ringkas untuk meletakkan kepala dalam kedudukan yang betul.
“Paling utama, partikel-partikel daripada kanal separa bulat berisi cecair (labirin vestibular) digerakkan untuk memasuki struktur seperti beg halus (utrikel), di mana partikel-partikel ini tidak lagi mengganggu selama sekitar 30 saat,” ungkap Kuljit.

Usai prosedur, pesakit perlulah mengelak daripada baring terlentang selama 24 ke 48 jam. Malah pesakit juga digalakkan untuk meninggikan bahagian kepala di atas bantal semasa tidur.

“Ini memberikan masa kepada partikel-partikel tadi untuk terapung-apung di dalam labirin sebelum mendap di dalam utrikel ataupun diserap semula oleh cecair-cecair tubuh,” katanya.

*copy&paste dari wordpress*

p/s: agaknye ni la yang buat aku pening dua tiga hari kebelakangan ni, dah makan ubat pening pon still takde effect..adoyaiii

Friday, 19 April 2013

Sepuluh Tahun Dah

mak aihh, lama giler tak updated belog yang satu ni.. ibaratkan kalo rumah tak berkemas dah bersawang dah ni..

sekarang ni dah jarang sesangat buka belog sebab dah makin busy.. oppp ooppp, bukan busybody yer.. pelisss la.. busy dengan preparation yang makin dekat dengan hari.. rasa kekok pulak sebab dah lama tak buat keje ni..

dah SEPULUH tahun ape yer??? sepuluh tahun berkhidmat sebagai penunjuk masa aku..

kalo dedolu zaman skolah pernah buat karangan.. Aku Sebuah Jam.. hehe..


jam ni aku beli tahun 2004, masa tu form 4 aku ajak mak p beli jam kat kedai depan Pasar Kedai Payang tu.. sekarang ni kedai tu ada lagi kot.. hehe.. bila kira-kira balik 2004 sampai 2013 dah cukup 10 tahun pakai jam ni.. tak pernah tukar pon, tahan jam ni.. bateri pernah tukar 2 kali je seumur hayat dia.. masa beli dulu pon baru je RM60, bukan rege beratus2 pon..

disebabkan jam ni banyak berjasa pada aku, aku akan simpan sampai bila-bila.. sayang sangat ni, beli dengan duit biasiswa sendiri.. kantoi pulak cikgu suh beli buku pakai duit tu.. syyyyy, jangan gtau cikgu..

tu je sempat nak tulis sebab aku ni dah pom pang pom pang duk bersin+batuk demam selesema.. opiz bagi lunch lama suh aku rehat, bukan menghapdet.. okeh, nak p makan obat plak ni

p/s: sangat tak selesabila tak pakai jam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...