Wednesday, 27 June 2012

Sama Tak??

malam tadi aku terjumpa gambar lama..

nak buat cane, sekarang ni asik sibuk je manjang duk mengemas.. kemas umah, kemas barang, kemas baju etc.. almaklumlah dah nak kena pindah dah aku ni.. pindah mane?? 1-pindah umah, 2-pindah meja kat opiz.. aku dah kena transfer unit, arini last day kat UG n esok 1st day kat UP.. kemaen jauh aku mintak transfer tapi alih2 kena transfer dalaman aje T_T.. dah2 xnak spoil mood cite sal transfer sejengkal tuh..

la ni aku nak cite sal gambar ni..


aku ke ni??

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


yang ni memanglah gambar aku.. gambar mase bday aku tahun 2011..


sama tak?? btw aku suka sangat gambar ni.. adiah daripada Kak Gee.. aku kenal kak Gee tahun 2007, mase tu dia ketua kelas kami masa sem 1.. pastu dapat keje same2 kami kena campak ke Shah Alam dua orang.. member2 study sume 48 orang (lau x salah la) kene campak ke Putrajaya ngan KL, so menyewa la aku dengan Kak Gee ni kat sini..

Kak Gee bagi aku gambar ni masa dia kena transfer balik JB, bulan Mac lepas baru jumpa dia kat wedim Ena (sorang lagi ex-hosmet kami)..

sorang2 dah kawan aku kene transfer.. Kak Gee ke JB, Ena ke JB, Kak Bie ke Putrajaya, Nancy ke Sarawak, Maya ke JB, Ina ke Ampang n aku plak bile nak ke Terengganu ni?? *ketap gigi*

sekarang ni bawak diri la sorang2 g memane lau incik Sayang Saya tak temankan.. sOb..sOb..*basah pipi*

p/s: pasni dah tak aktif la nak menghapdet belog ni.. esok nak kene keje dengan big bOss dah.. sori la bulan lepas aku tak muncul sebulan dengan enrty2 baru, aku balik kampung dua minggu.. banyak urusan nak kena uruskan, ni pon minggu depan kena balik kampung lagi *poket kering*


Tuesday, 26 June 2012

Kita Insan Istimewa

Assalamualaikum w.b.t.. 

moga kalian sehat sejahtera hendaknya..

kita adalah insan istimewa.. bersyukurlah Tuhan memilih kita untuk menempuh ujianNya.. semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, mungkin Tuhan ingin menguji tahap kesabaran kita.. so jangan cepat melatah dengan dugaan duniawi ini.. pandanglah ke hadapan untuk terus hidup, ada yang lebih baik telah menanti kita di sana..


p/s: InsyaAllah aku tidak akan menyakiti sesiapa, moga Tuhan bukakan pintu hati mereka yang telah tercemar oleh anasir2 jahat.. Ameen..

Wednesday, 20 June 2012

Kehidupan Seorang PA


PA - Personal Assistant a.k.a S/U - Setiausaha

ape yang korang pk bila sebut PA?? cantik molek? slim? bergaya? pakai heel? gedik? kaki bodek bos? atau scandal barangkali?? opss.. lau nak disenaraikan mau tak cukup kertas kajang pat lima muka depan belakang nanti.. penuh..

bila PA ngam dengan bos mesti ada yang pk "ada something la tu".. n bila PA x ngam ngan bos?? "dah la muka tak cantik, keje pon x reti nak buat".. alahai, memang nasib sesape yang jadi PA ni kan.. buat baik salah, buat jahat lagi la nak mampos.. sabar jelah

memilih kerjaya PA ni macam mempertaruhkan nasib sendiri sebenarnya, kenapa?? semuanya terpulang la pada bos secara kasarnya.. if dapat bos baik, baik la nasib PA.. tiap kali bos g holiday, mesti dapat coklat bear keychain etc.. kadang bila raya dapat lak ampau yang tebal jugak isinya.. TAPIiii... lau kena bos yang tak ok, berdarah telinga la n tak pon buta mata ari ari duk meraung.. orang lain buat salah PA yang kena marah, PA sendiri yang buat salah lagi la bos mengamuk..

PA ni orang tengah kat opiz, kenapa?? kalau bos nak marah staff bawah, PA yg kena tadah telinga dulu n pastu bila staff bawah nak marah pada bos, PA yang kena tahan telinga untuk dengar luahan hati dorang2 tu.. lama2 pekak jugaks la telinga PA2 ni ye.. baru je nak start buat keje prom preng pom preng duk dengar 'madah pujangga sang pencinta' tu..

lau dapat bos laki yang GATAL?? PA kena jadi SINGA!!! lau dapat bos pompuan kuat berleter PA kena jadi PEKAK!!! scary kan jadi PA ni, indah khabar dari rupa..

tak terkecuali jugak bos yang salah guna kuasa untuk hal2 PERIBADI.. tak paham?? nanti U surveykan hotel mana yg best untuk I g holiday.. nanti U amek baju I kat dobi.. nanti U belikan I lunch.. nanti U callkan asben/wife I.. nanti, nanti, nanti n nanti.. lama2 pengsan la PA tu nanti..

namun ada KEHIDUPAN PA yang jarang diketahui..


~> makan laju di meja sendiri.. nak abeskan sebekas nasik goreng pon berenti berapa kali.. kadang2 sempat breakfast, kadang tak sempat.. teguk air kosong jer.. pastu terus amek lunch.. maunya tak ramping perut kempis lau tiap ari tak sempat nak makan..

~> orang cakap PA takde keje, duk meja goyang kaki je.. PA ni secara otometiknya jadi operator, n bila dah angkat telefon tu macam2 la dapat.. siap pakej kena maki lagi lam telefon.. lau ada pape nak deal dengan bos2 dari opiz lain ingat senang ke..

~> g toilet pon kena marah.. alasan bos panggil takde orang sahut.. heloo, lau nak terkencing terberak tu boleh tahan ke??

~> stress, tensyen dan sewaktu dengannya dah jadi kawan karib..

n reality yang mengguris hati.. bila orang call kat tempat.. PA takde.. Haishhh, PA ni asik MERAYAP je, dah la keje tak buat..

p/s: susahnya untuk memuaskan hati semua pihak 

Tuesday, 19 June 2012

Air Dan Khasiatnya Kepada Kita


air.. water.. 3 per 4 bumi kita diliputi air.. ia sangat penting dalam kehidupan seharian, sume benda nak kena pakai air.. lau takde air alamatnye mandi kat masjid la cam aku aritu.. huhu..

“MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?


Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

4. Tekanan darah menurun

5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk

6. Lesu pada waktu siang

7. Sakit belakang

8. Dehidrasi

9. Sakit kepala

10. Memperlahankan kadar metabolisma

11. Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

12. Sendi dan otot mengalami kekeringan

13.Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

14.Meningkatkan keinginan untuk makan

15.Darah menjadi pekat

16.Mudah keliru.

17.Degupan jantung meningkat

18.Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

kekadang betul jugak info ni sebab aku pon liat nak minum air sebenarnye.. tapi aku suke main air sampai kecut jari jemari kalau stress, mandi lame2 buat aku rasa lega sesangat.. so pasni aku kena minum banyak la air n ready to ladies... hahaha mane tahan tuh..
 
p/s: nak gi mandi lagi la puas2, stress still x hilang lagi w/pon rambut x kering lagi.. arghhhhh, stress sila pergi jauhhhhhh dariku.. 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...