macam tak caye je aku buat keje ni..
KONSEP KESUKARELAAN
Perkataan “sukarela”, menurut Kamus Dewan, bermakna “dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah dan dengan rela hati”. Manakala perkataan “kesukarelaan” pula membawa makna “sikap sukarela”. Selanjutnya, mereka yang melakukan sesuatu dengan sukarela dipanggil “sukarelawan” bagi lelaki dan “sukarelawati” bagi perempuan.
Berasaskan makna tersebut, kesukarelaan dapat dimaksudkan sebagai melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, dengan niat yang ikhlas atau setulus kudus dan dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri.
zoo negara - memang korang dah tau kan, zoo tempat yang ada pelbagai jenis dan spesies binatang hidup.. tak kira la binatang tu hidup atas darat ke, hidup dalam air ke, binatang yang terbang ke.. kebanyakannya ada la kat zoo negara ni..
oleh kerana aku join program di bawah kementerian kawan aku yang sorang ni, so aku bertolak ke zoo negara dengan van kementerian dorang la.. baju pon aku pinjam kawan aku punye coz dorang suh pakai baju kementerian jugak..
0730 - bertolak dari Putrajaya
0815 - daftar kat zoo negara
0830-1300 - buat keje sukarela
1300-1400 - rehat
1400-1630 - sambung buat keje sukarela lagi
1630 - selesai n tunggu drebar datang amek
tangkap gambar sat, nak attach dalam report *bukti datang buat keje* :p
bab tangkap gambar tu macam2 la pose yang ada tapi sume tu dalam cam opiz dorang, so tak leh la aku nak tunjuk kat korang..
ok, bermula la kisah sukarela yang tak bape sukarela aku ni..
kami dibahagikan kepada group2.. satu group ada 5 orang.. group kami kena keje kat rumah burung.. kemaen exited la kami sume, dalam ati leh la main dengan burung2 yang pelik n comel kan..
pepagi ni senyum la lagi aku ni.. huhu.. 1st task kitorang kena kokok a.k.a sapu dedaun bertaburan sepanjang laluan.. huh, tak kan datang sini semata2 nak sapu sampah je kan.. aku ingat kena la basuh sangkar burung ke, bagi makan burung ke..
pastu kami disuruh lak ke dapur.. dorang cakap camni ha "ok, korang siang ikan ni (1 baldi) n potong daging ni (dalam 10 kg) buat masak kicap" siap dibaginya botol kicap kat kami ni.. dorang cakap nak buat lauk lunch untuk pekerja2 zoo.. adushh, tak kan kena jadi tukang masak lak..
x lama pastu ada la sorang datang, camni ha siangnye.. die amek sekor ikan n potong 3.. mangkuk hayon 3 singgit betol la dorang tu, rupanya nak bagi burung2 makan ikan ngan daging tu.. siot betol la.. pastu kena carikkan roti, potong2 sayur n banyak lagi la kena buat..
tak sampai kul 1 lagi kami pon cabut bile dorang takde kat situ.. cari kantin coz perut ni dah lapar sesangat dah.. pas makan kami pusing2 n jalan2 dalam zoo tengok ape keje kawan2 yang lain..
ada kawan2 yang kena jaga monyet ngan beruk, cuci kolam buaya, kilatkan kura2, bagi makan ular.. syok la dorang, tak macam kami dah macam orang gaji ni.. teruk jugak kami kena ragging.. T_T
dah nak balik pon dorang tak kasi kami nak bagi makan burung, aku pon buat la muka.. then dapat la bagi makan 3, 4 spesies burung yang terlindung yang orang ramai tak dibenarkan tengok..
ada sekor burung tu, comel jugak la.. nama die Jacker, manja sesangat.. lama jugak kami main dengan die coz burung lain orang zoo tak bagi sentuh.. hehe
nak balik tu dorang ade cakap "mesti korang dah serik kan nak buat keje camni.."
"kami tak serik nak buat kerja sukarela tapi kami dah serik nak datang buat kat rumah burung ni" hambek ko, kawan aku jawab..
nak balik tu dorang tegur la baru nampak kami senyum.. mau taknye, suka la dapat bebaskan diri dari tempat tu.. hehe..
dorang kena ingat, kami datang secara sukarela.. tugas kami nak ringankan keje dorang je tapi jangan la sesedap anak tekak je mengarahkan kami buat itu buat ini.. ingat kami ni budak sekolah ke ape..
cakap pon main sedap2 die je, layan la kami elok2.. ni tak, asal tak meninggi suara tak sah.. menciii!!
p/s: pas balik makan, mandi, solat n terus tido.. *kul 8 malam baru dapat baring, huh nikmatnya..