Friday, 30 December 2011

2012 Menjelma


wishing a hepi nuyer n selamat tahun baru to korang sume..

bertambah la umo ye..

azam tahun baru pon tak sempat nak pikir lagi.. hehe

Gadis Melayu Terakhir

amacam, ada gaya gadis melayu terakhir x?

rasa macam sopan sesangat aku hari ni.. tapi tak bermakna aku tak sopan selama ni, cuma ayu je kot.. haha.. (silakan muntah hijau dengan banyaknye).. salu aku pakai baju kurung je tapi arini pakai jubah plak.. ni kali kedua aku pakai jubah datang keje.. masa 1st pakai kua lif je dah kena tegur.. "wah, waheeda wassini datang opiz arini".. arini pakai plak "dari jauh macam budak2 je, comel" hehe.. maybe jubah aku ni ade bunga2 kot nampak comel, padahal bukan aku pon yang dipuji comel tu kn.. perasan je lelebey..


tapi perempuan kalo dipuji memang la tersipu sipu.. tapi lau aku dah malas sesangat nak iron baju or dah lambat aku sarung je kemeja ngan skirt panjang.. senang cite, tak yah nk iron bagai.. haha.. tudung pon pakai yang sarung tu je senang, rembat je terus pakai siap..

tu je nak cite.. ok, bai.

p/s: minggu depan keje 4 ari je, yeahaa yabedabeduuuu.....

Oh Abang Google

cite ni amat kelakor bagi aku tapi tak tau la bagi korang.. camni ha, malam tadi macam biasa la aku sms dengan Sidia.. aku mintak 1 benda kat Sidia tapi dia xde la pulak.. so sesaje la aku nak kenakan Sidia aku ni..

"yeke? kne scandal ngn abg google la esk, arap2 dpt la 1.. hehe"
(lam hati aku nak tau ape la reaksi Sidia)

"sape abg google 2"
(laju je Sidia reply.. rasa tergugat n cemburu kot)

"abg google la, lau nk pape taip je kt die.. pas2 dpt la pe yg kte nk.. abg yahoo x best mcm abg google :p"
(masa ni dah ketawa sorang2 aku kat dalam bilik)

"ingatkan sape la td"
(ayat lega Sidia la ni, baca je pon dah tau :p)

"hahaha.. ni msti pk bkn2 td kn"
(sah, terkena Sidia)

"yew la"
(xde ayat la tu nak balas)

"haish, xyh la pk bkn2.. sy scandal dgn abg _i_ _ je sorg, die la madu die jgk racun.. nk x nk kne telan jgk"

camni la kisahnya.. tak leh la nak cite banyak kat sini, kantoi plak nanti.. hehe..

dengan dorang ni pon nak cemburu ye.. hik3..

abg google dah bagi ape yang saya nak tu..

p/s: sekarang ni dalam hati ada _i_ _ sorang je bertahta.. jangan la pk yang bukan2.. saya sayang kat awak tau, sayang sangat2.. lau tak sayang saya tak bawak awak balik kampung jumpa femli aritu.. (blushing)

Aisar In The Opez

semalam ngan arini ni si genit Aisar datang opiz.. so aku pon amek peluang la nak main2 dengan Aisar.. bOsses xde so kami main2 la xde keje banyak ujung2 tahun ni.. hehe (otometik tanduk bercabang dengan banyaknye)

boleh tahan jugak banyak mulut budak ni, pastu tak takot dengan orang.. lau boleh sume nak disembangnya..


die tak nak pandang aku nak amek gambo, puas dipujuk still x makan jugak pujukan aku yang mendayu-dayu ni.. haha

"Aisar, pandang sini la.. akak nak amek gambar ni"

digelengnya kepala kat aku.. akak la sangat padahal dah pangkat antie dah pon.. sebab tu la tak makan pujuk kot *kompius*


 ni abam ngan kakak plak pujuk Aisar.. haha mulut tengah penuh ngan kueh tu..

 

akhirnya aku curi gambar Aisar kat fesbuk mak die.. tak puas hati xdapat amek gambar elok2 td.. haha sori kak Ija ye.. comel Aisar pakai baju melayu hari Jumaat ni..

p/s: latar belakang kurang memuaskan coz gambar dalam pantry je tadi.. peace V

Thursday, 29 December 2011

Tentang Dhia

hari ni dah nekad nak balik awal keje.. tak sabar nak tengok episod last Tentang Dhia.. huhu

 sume perasaan bercampur baur bila nengok cite slot Akasia TV3 ni..

suka+bahagia = Dhia ngan Zikir

benci = Ku Salmi+Zetty+Rose

bff = Dhia+Azmi+Raffi+Melly

memula benci kat Melly sebab hancurkan hubungan Dhia ngan Azmi pastu bila dia dah sedar dari koma 5 tahun n dah berubah+bertaubat, suka plak bila dorang berempat bersama-sama masa susah..


Sinopsis

Tentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.

“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.

Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?


arap2 episod last petang ni akan membawa kebahagiaan kepada Dhia dan Zikir la.. kesian dorang ni tak salah cuma pihak yang tak suka berjaya mengapi-apikan dorang.. dah la Dhia anak yatim piatu, dapat lak mak mertua macam tu.. moga mummy dia dapat balasan yang setimpal atas segala perbuatan dia selama ni..

p/s: petang ni beratur depan mesin punch kad untuk jadi orang pertama yang punch out bagi WP2 (pukul 5) macam salu buat bila bos xde.. haha

Sume Ni Penting Tau Tak


benda TERMAHAL dalam dunia adalah KEPERCAYAAN, ia berdiri dengan hanya sekeping NALURI walaupun hadirnya tanpa BUKTI dan SAKSI..

tapi benda yang paling SUSAH dicari adalah KASIH SAYANG, kerana kita tidak tahu DIMANA ia BERMULA..

dan benda yang paling JARANG ditemui adalah KEJUJURAN, kerana risikonya diantara kita DISUKAI atau DIBENCI..

kalau tak macam ni la jadinya..


p/s: so berhati-hati sebelum bertindak sesuka hati.. terlajak kereta boleh reverse balik tapi lau terlajak kata, korang tanggung la sendiri yer.. takleh den nak nolong..


Blues Untuk Aku


penah baca komik ni tak?? ni komik dedulu punyer citer.. best jugaks cerita pasal c Sahak ni.. tapi yang paling best yang ni la, aku suka sangat kata2 dia sampai simpan lagi tau.. ehehe..

Sahak ngan awek dia

Yakin itu pada diri..
Bukan senang untuk dicari
Yakin itu pada hati..
Bukan sekadar bibir mengukir
Yakin itu pada cara..
Bukan hanya untuk dicerca
Yakin itu pada usaha..
Bukan sekadar mendabik dada
Yakin kita pada pencipta..
Bukan pada jampi mantera
Yakin sejati pada Ilahi..
Bukan makhluk tempat memohon simpati

p/s: terjiwang la pulak berpuitis bagai.. hehe

Hati Berbunga Riang

- ehsan abam gOogle -

bila kucing takde tikus mula la berlari-lari riang bak lagu hindustan..

bergelak tawa dengan kawan2 sambil berbalas-balas komen kat fesbuk..

ohh, nikmatnya ujung tahun..

hahaha.. peace..

v(^_^)v

p/s: peluang macam ni bukan salu dapat, so hargailah..

Wednesday, 28 December 2011

Cik Clumsy a.k.a Cik Kelam Kelibut

malam tadi one of my hosmet atau lebih tepat lagi la my rumet aku ajak teman dia kua.. dah xde buat pape kan, so aku ikot jela.. lam ati nak merasa la jugak nek kete yang dia bawak kan.. hehe

tepat kul 8 kua umah.. dia n sorang lagi dah masuk lam kete, aku plak kunci pintu umah.. pastu aku masuk la kete dia, aku duk depan.. second drebar la katekan.. hahaha..

first.. ekon dia lupa nak pasang pastu kelam kabut cari button kt dashboard.. ok fine, dah setel..

kedua.. nak masuk roundabout.. aku suh dia amek line kiri coz senang nak masuk roundabout nanti.. ok, go!! bila dah clear aku suh dia jalan.. bila dah exit kul 3 roundabout tu aku tegur la dia macam ni..

aku - wah, terrer akak pusing roundabout.. dua lane leh jadi satu lane ye.. pastu nanti jangan makan jalan orang tau nak masuk simpang
dia - salu tak macam ni tau, bila bawak orang je jadi camni.. drive sesorang ok je salu..

so aku paham la dia agak neves, memang kelam kelibut dia bawak kete tapi sib bek jalan tak banyak kete.. pastu kete dia ada sticker P lagi, kira ok la tu orang paham..

ketiga..bila dah sampai destinasi pertama (cewah, macam nak g hanimun la plak).. terminal bas memang tempat yang sesak dengan kete, bas2 lagi..

dia - ni nak g kiri ke kanan su?
aku - kiri.. kanan jalan sempit, kita pusing ikot dalam kot2 dapat parking..

kelam kabut la dia pusing stereng.. adoyai, parking penuh la pulak dah terpaksa la pusing lagi sekali baru dapat.. tu pon sempit aku suh dia masuk jugak.. pastu pintu belakang plak stuck xleh nak buka.. so aku pon suh la akak yang ikot kami tu kua ikot pintu depan.. lagi la dia gelabah nape pintu belakang dua2 xleh nak buka.. then, gerak la g kaunter cari tiket bas nak balik kampung dia, kete dia tinggal kat sini je..

otw g kaunter, gedebuk rasa ada benda langgar kaki kau.. sekali aku toleh belakang ni ha..



cik siti ni ha sebesar dua penumbuk aku berlari berkejaran.. itam sangat, sib bek aku x jatuh n menjerit tengah orang ramai tu..

kurang asam betol la..

keempat.. otw balik, p la cari bengkel kat seksyen 23.. nak suh tengokkan stereng nan pintu yang xleh nak buka tadi.. aku ingat ada orang usik yang child lock dia la, 2 pasal xleh buka.. pusing punya pusing kami cari bengkel kete..

dan masa ni la aku menjerit -akak, pandang depan!! dengan kuatnya

sikit lagi nak bergesel dengan kete depan, fuh sakit dada aku jerit..

aku - dah, akak tengok depan bawak kete.. bia orang yang tengok bengkel kat mane..

berderau darah weh, lau tak dah berdentum la tadi jawabnye.. tapi xde 1 bengkel yang buka pon.. eh, pelik betol padahal x kul 9 lagi pon..

 kelima.. so kami balik la rumah n sampai kul 9 tepat2 n terus layan cite vanila coklat plak.. huhu.. sekian..

p/s: aku pon kekadang bawak kete kelam kabut jugak lau x kena masa.. tapi sekarang ni tangah improve diri sendiri la.. hehe.. tp dah dua 3 orang suh aku ajar dorang cane nak bawak  n parking.. hehe.. kira not bad la kan.. hehe ^_~

Kak Pikah.. Hepi Bday To U



wish u hepi bday kak Pikah a.k.a Bambam..

moga terlaksana azam kurusmu itu.. hehe

takmo stress2 tau, lau tak tahan sangat nages la puas2 lam bilik tu.. saya takkan gtau kat orang melainkan kak Cencunun yang dah sedia tau.. (^_^)v peace..

p/s: patot pagi tadi syok gulim2 x g keje ek..

It Will Rain - Bruno Mars

Bruno Mars again? haha rilex la, arini layan Bruno Mars aje.. hehe sonoknye bila bosses bercuti ni, terasa opiz ni aku yang punye hahahaha (gelak jahat sesangat)..

dikesempatan ini la aku nak buat keje sendiri je seharian suntuk.. hehe.. aku akan post seberapa entry untuk penuhkan belog untuk detik ujung tahun ni.. yeyeah kepala pon otometik kua tanduk yang bercabang2..

at least aku tak tinggalkan meja (untuk cover bunyi tepon) n keje2 opiz aku siap..

jom layan lagu It Will Rain plak..


If you ever leave me, baby,
Leave some morphine at my door
Cause it would take a whole lot of medication
To realize what we used to have,
We don't have it anymore.

There's no religion that could save me
No matter how long my knees are on the floor, oh
So keep in mind all the sacrifices I'm making
To keep you by my side
And keep you from walking out the door.

Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain

I'll never be your mother's favorite
Your daddy can't even look me in the eye
Oooh if I was in their shoes, I'd be doing the same thing
Saying there goes my little girl
walking with that troublesome guy
But they're just afraid of something they can't understand
Oooh well little darling watch me change their minds
Yea for you I'll try, I'll try, I'll try, I'll try
I'll pick up these broken pieces 'til I'm bleeding
If that'll make it right

Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain

Ooooh Don't just say
goodbye, don't just say, goodbye
I'll pick up these broken pieces 'til I'm bleeding
If that'll make it right

Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain...

 

p/s: ujan2 camni syok golek gulim2 dalam selimut.. krohhh..krohhh...krohhhhh...
 

Talking To The Moon - Bruno Mars

hari ni datang keje je terus layan lagu.. baek punyer lagu haha.. Talking To The Moon by Bruno Mars.. memang tak dinafikan la banyak lagu2 dia yang aku suka.. boleh kata sume lagu dia la.. haha


aku suka dengar lagu ni coz lirik dia.. lau aku teringat kat Sidia lagi la syok layan lagu ni..

part yang paling aku suka yang ni: in hopes u're on the other side..talking to me too..

kan3.. kan best lau orang yang kita tengah ingat tu sedang ingat kita jugak pada masa yan sama.. wahaaa, riangnya hati.. hehe terjiwang pulak aku ni..

meh nyanyi sesame..


I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

Chorus:

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Try to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

Chorus:
At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Try to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away


p/s: teringat kat Sidia.. T_T .. bila sibuk tah makan tidak tu, bukan badan sihat sangat pon.. bab2 makan memang degil betol la..

Tuesday, 27 December 2011

Rapuh - Opick

dah lama cari lagu ni tapi x jumpa.. zaman cite Cinta Elysa, Tentang Dhia n banyak jugak cite melayu slot samarinda n lestary lepas2 guna lagu ni.. 
bia rapuh jiwa tapi jangan rapuh iman
tup2 bila aku taip jumpa pulak arini.. hehe.. shukernye..

well, ini lah lagunya.. sedih sangat, jom layan sesame..


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

p/s: Tentang Dhia nak abes dah minggu ni.. pastu sambung Gemersik Kalbu plak, tah la mane sedap citenye dengan novel nanti..

Pilih Kaseh

nak cite ni.. semalam kan aku p cuci kete kat sek 17, sejam duk tunggu baru sampai turn aku.. kiranya sabar jgk la aku ek huhu

sebenarnya dah banyak aku pusing Shah Alam tapi banyak yang tutup.. memula nk try seksyen 14, tutup.. pastu try g seksyen 6 plak, tutup jugaks.. seksyen 4 aku x jumpa cari coz dulu rasa macam penah nampak kat situ tapi x jumpa la plak, aku agak tutup la kot.. last2 cuci kat seksyen 17 tu jela, ramai pon ramai la.. janji line2 kotor kat badan c puteh aku tu ilang.. nak pusing seksyen 23 malas la plak coz x bape nak biasa kedai kat situ, penah datang skali je pastu kompius kedai yang mana satu coz carwash dekat2 je..


dulu aku salu cuci kat sini tapi semalam tengok signbod je ada, khemah2 dorang pon dah xde.. dah tutup terus kot agaknya.. ingat pas cuci semalam leh la claim yang cuci free tuh, huh melepas sudaa.. keciwa..

okeh, berbalik pilih kaseh carwash 17 (bukan nama sebenar) ye.. aku xnak la tutup periuk nasik orang lau mention nama kat sini..

dalam tempoh sejam aku tunggu turn tu sempat la aku perhatikan dorang buat keje.. yang tukang cuci cuma dua orang, nak cuci 7 kete termasuk c puteh memang la amek masa lama kan..

pilih kaseh sebab ape?? bukan kes potong Q tapi kes kete mewah.. aku lupa kete jenis apa tapi memang mewah n sporty la, kete mahal tuu..

kalau kete mahal die sembur sabun banyak2 pastu gosok lama2.. lau kete kancil sembur sabun sikit n gosok pape patot dah siap.. lau yang tak sabar asik menyuruh itu ini kat tukang cuci dorang buat ala kadar je.. kete aku plak dorang sembur sabun x bape nak banyak (sikit dari kete mewah tu tapi banyak daripada kancil) dorang buat sedang2 je..

yang penting jalur2 kotor yang hampir 3 minggu x cuci tu ilang.. yela xkan nak cuci tiap minggu kan, nak2 sekarang ni musim ujan.. so semalam panas tu la aku kua..

ingat nak polish la nanti, kasi cantik sket c puteh aku.. dah setahun setengah x penah polish lagi.. nanti ada masa aku bawak polish n buang bintik2 itam yang x diperlukan ye.. skirting yang pecah sejengkal tu pon aku buat balik ye pastu nak tambah pape yang patot.. haha.. lap u my c puteh!!

p/s: keje bia ikhlas, baru duit tu berkat..

Friday, 23 December 2011

Aku Marah Ni

ggrrrrrhhhhhhhh!!!

aku marah ni, aku betol2 marah ni!! aku xde masa nak main2 sekarang ni..


wahai incik komputer, nape kamoo buat hal saat2 aku kena settlekan benda yang urgent ni hah??

wahai incik telepon, nape setelah lama aku mendail cuma suara mesin je yang menjawab?? sume orang x keje kah??

wahai henpon, nape mesej tah pape asik masuk inbox!! aku xnak la melanggan bende2 yang mengarut tuh, sori to say lah yer!!

wahai incik printer, nape hari ni plak kamoo nak habes ink.. hari lain xbley ke??

wahai incik pen hitam basah kesayanganku, kemanakah kamoo menghilang?? tangan sape yang gatal kebas pen aku tuh, lau nak sila mintak dengan admin x yah nak amek aku punyer!!

wahai, wahai n wahai oh wahai.. nape sume tak kena je petang ni?? tolonglah, aku tengah marah ni!!

p/s: balik nanti nak makan bebanyak, bia lah..

Senyum Sikit, Auuwwww Comelnya

alhamdulillah, kenyang sudah bekfes nasik goreng + begedil + sambal bilis + milo suam kaw2 jap tadi..

masa untuk bergumbira bermula daripada sekarang.. haha..

hari ni nak bercerita pasal senyum.. tak kira la senyum tu ikhlas ke, x ikhlas ke.. kalau dah senyum tu tetap senyum kan melainkan sebab2 or faktor2 yang mendorong untuk seseorang tu nak senyum.. haishhh banyak lak aku membebel..

dipendekkan cite meh la kite senyum sesame :)


senyum ni terbahagi kepada banyak kategori tau.. ni antara kategori2 yang aku sempat bahagikan ikot sesedap hati aku la.. haha takmo marah2 tau, juz sharing..

1. SENYUM IKHLAS
dalam banyak2 senyum, senyum yang ini paling cantik.. bile tengok orang senyum macam ni kan rasa sejuk sesangat hati ni.. tapi tak salu berpeluang nak tengok senyum macam ni..

2. SENYUM TAK IKHLAS a.k.a SENYUM PAKSA
yang ni paling aku x gemor.. lau nak senyum tu senyum la bebetol, ade plak nak maen2kan senyum.. korang tau senyum ni kan senaman muka, sekali kita senyum beribu2 otot muka kita bergerak berlari-lari berkejaran haha.. senyum macam ni banyak kita jumpa sekarang ni, banyak sesangat.. macam senyum nak amek hati orang la..

3. SENYUM MENGANJING a.k.a SENYUM PERLI
salu orang yang tak puas hati or hati busuk memang akan senyum bawah kategori ni.. kat depan kita dia senyum je pastu pusing je kat belakang huh menyampah yang amat.. huh, sabor jela.. manusia kan, bukan rambut je leh kaler warna warni tapi hati pon leh spray warna pelangi jugaks..

4. SENYUM DALAM SEDIH
aku salut orang yang macam ni.. dalam sedih2 pon sempat lagi menguntum senyum.. ni bukan senyum sasau tapi senyum nak tutup kelemahan diri.. tapi betul kan, takkan kita nak nanges je berpanjangan lau ada masalah.. nanti orang pandang lemah plak kat kita kan.. sabar je la, ni macam senyum menyembunyikan perasaan la..

5. SENYUM SUMBING
macam orang yang tak henti2 senyum.. tah ape motif die asik senyum je pon tak tau.. kekadang seram jugaks bila jumpa orang macam ni.. eiii memang takot la..

6. SENYUM LAIN-LAIN
selain senyum yang korang rasa xde dalam kategori kat atas ni kiranya termasuk kat sini la.. hahaha.. bape banyak senyum daa.. senyum tak perlu kata apa-apa, senyummm...

aku nak mencelah sedikit kat sini.. aku hangin betol la lau tiap kali aku senyum boleh plak ngko buat x endah.. heloo, ngko sorang je yang ada depan aku bukan ade orang lain pon.. lau dinding boleh balas senyum aku baik aku senyum je kat encik dinding tuh.. bukan nak kena masuk coin dulu pon baru otot senyum ngko tu nak gerak..

p/s: senyum jela bila jumpa orang yang datang mintak2 kat kita, senyum tu kan satu sedekah.. sekarang ni dah xleh nak caye la orang yang datang mintak2 tu, rimas lau pas sorang pastu datang pulak yang datang n datang lagi time kita tengah makan.. ade sekali tu yang datang mintak kat aku perempuan pakai singlet, jeans paras lutut n rambut blonde.. huh, memang aku tak bagi ahh.. banyak cantekk muka dia..

Tuesday, 20 December 2011

Dilema Berpanjangan


huh, berat sungguh la hidup minggu ni.. sebelum 27.12.2011 ni dah kena stop dilema.. nak x nak pon kena sign jugaks salah satu opsyen tu.. huh, mak x larat dah nak pk.. pekeliling yang tebal tu pon belom terusik lagi.. adoyaiii.. nak pilih yang mana satu ni..

umo nak pencen pon nak kena pilih jugaks samada nak pencen umo 58 atau 60 taun.. lau bos baik xpe la nak pencen umo 60 taun pon tapi lau bos tak bape nak baek tak sampai 58 taun pon dah tak sanggup nak keje lagi dah..

camni la idop seorang pekerja..

aku tak paham pape pon pasal sistem baru ni.. taklimat ari sabtu lepas aku x join coz balik kg, ni yang teraba2 mencari arah yang nak dituju ni..

p/s: baru je nak masuk tiga tahun keje tapi dah malas nak g keje.. huhu lambat lagi nak pencen aku ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...